10.11.09

Esok.

Assalamualaikum. Ye hari ni aku dapat virus online offline Cik Ama seperti entri di bawah bwahahahahahaahha.

Alhamdulillah, semalam aku dah submit semua requirement drawings. Hari ini, lebih gemuruh, sebab, esok hari presentationnya. Giliran nombor 8, sebelum makan tengah hari. Aku sebenarnya fobia sangat dengan presentation ni. Sangat-sangat fobia. Dulu, aku hebat jugalah bab present ni, tapi sekarang, skill dah tumpul. Mungkin susah bila kita buat benda yang tak ada minat dan passion ni.

Tapi, tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat. Mungkin, ini yang terbaik untuk aku yang telah ditentukan oleh Allah. Dia lebih mengetahui kan. So, aku rasa, aku patut tukar nawaitu lah. Aku nak habiskan semua ni, sepatutnya bukan sebab dah tak mampu nak mengadap. Aku nak habiskan, sebab, aku sedang berjuang. Aku belajar kerana Allah. Lari daripada medan juang sangat dikutuk rite. Maka, aku wajib teruskan dan habiskan perjuangan terakhir ni.

Sebelum ni aku pandang remeh je nawaitu macam ni, tapi macam biasalah, aku dah kena brainstorming, baru boleh terfikir. Brainstorming oleh siapa tak usah buat-buat tanya lah. Rambut je panjang, tapi kuat ceramah. Redha.

So untuk esok, aku dah usaha, aku doa, dan aku tawakal. Aku serahkan hati aku bulat-bulat pada Allah. If apa-apa jadi esok sama ada lulus atau tak, aku kena redha. Kalau tak lulus, mungkin itu ujian buat aku lagi. Kalau lulus, Alhamdulillah.

Tapiii...mestilah nak luluskan. Banyak dah plan ni hehe. Banyak dah menunggu.

Malam ni nak practice senyuman paling manis di dunia.

ps : Azmi nama sebenar. Azemi tu nama manja aku panggil dia dengan sebutan begini - A-S-E-M-I, dengan sedikit bunyi gedik dan baby talk. Tapi, dah komersial lak nama tu. Camano tu?

9.11.09

Pemenang.

Ini ialah pengumuman bagi pemenang, peserta yang paling gagal bertahan di dalam Yahoo Messenger.

Letih stare kat monitor tengok dia kejap online kejap offline. Hari-hari gitu. Hari ni kemuncak.

Tahniah.





ps : This is for you bebeh. And this is so YOU.

8.11.09

8 Nov.

Hari ini hari suka. Macam petanda untuk sedih hari esok.

Jauhkan. Minta dijauhkan. Kesian Mak, dia tunggu aku balik.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah, usaha aku untuk thesis mungkin tak setimpal. Tapi dugaan hidup aku bertimpa-timpa. Aku harung semua dengan redha. Aku tak pernah minta untuk bertuah tapi kali ni, aku mintak Ya Allah, aku nak balik, nak teman Mak, dia perlukan aku, tolong lembutkan hati panel untuk bagi aku lulus. Aku kosongkan hati, aku serahkan pada Kau, Ya Allah.

Dr. Khairul, saya tak nak tengok dah muka sesiapa kat UTM ni sem depan. Dah 5 setengah tahun saya kat sini. Tolong la bagi saya lulus. Tolong la Dr. Khairul. Saya tak larat dah nak crit 4 ke crit 5 ke external crit ke ape bende ke. Butter paper pun saya ban lepas ni. Tolong la. Bagi saya cukup makan pun tak apa asal lulus.

LULUSKAN AKU.
Ya Allah, luluskan aku.

7.11.09

Puisi Tamak.

Aku di musim ini semula
Di tingkatan paling bawah
Termenung
Bingung
Canggung

Kenapa aku masih di sini
Di lurah yang paling aku benci

Kenapa aku masih belum berani
Di paras terbawah yang sudah berapa kali aku kunjungi

Kenapa musim ini muncul lagi
Di kala aku riang mencanak tari

Aku pandang awan
Yang sentiasa menjadi kawan
Lantas awan berkata

"Kamu mungkin bukan Ili / Azemi
Jika kamu di tingkatan tertinggi"


6 November 2009
Hujan lebat


ps : Hehehehe ada dua nama sebab tamak.

Hai lagi.

Baru dapat mesej dari Wanot dan Finot (Wani dan Fynn) di telefon.

"Kami tengah tengok kekasih awak wuwuwuwuwuwuwu"

Layar Tanchap. Azemi tengah perform huhuhuhuhuhuhu. Ijen dan Aini dah perform. Fynn dan Wani dan geng dah perform. Rupanya Dila pun baca karya dia.

Aku? Tengah buat structural system untuk bangunan hospis 3 tingkat di dalam bilik 2042 Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Best betol lah. Takpe. Ada ubi ada batas. Tunggulah..

ps : Layar Tanchap tu tempat first date aku dengan Azemi.

6.11.09

Hari Jumaat.

Dah berapa hari
Aku tak senyum nampak gigi
Berkelahi dengan kekasih hati
Tak seronok langsung gaduh jauh-jauh macam ni
Tapi mana ada orang bercinta tak ada kelahi
Aku pun redha je dalam diri
Berkira-kira apa nak buat bagi buat pelembut hati
Apa ek nak bagi

Ayat pemegang hati
Selepas subuh sebelum terbit matahari
Hari ini dia senyum kembali
Tahniah kepada diri sendiri
Terima kasih Tuhan
Kau tak pernah mungkir janji


Surah Yusuf ayat empat:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku,"


ps : Tapi bagi CD Pixie Lott sekali. Dia ada secret obsession kat Pixie Lott. Tapi dah tak secret :D

Hai.

Nak tiru cam Yeye lah. Jadi romantis.

Azemi, I miss you sayang..

Romantis tak I?

3.11.09

Nothing compares to you.

Assalamualaikum,

Hmmm.... Mak datang semalam.. Tidur kat bilik aku. Macam mimpi je Mak datang.. Risau betul dia kat aku. Aku ingat dia cakap-cakap ayam je nak datang sini. Rupanya datang betul.

Semalam, aku betul-betul rasa pitam dan berpinar-pinar dunia aku. Demam dah kebah, tapi tak tau sebab apa. Bila berjalan, rasa tak berpijak pada tanah. Bila tidur, rasa macam mata je lelap tapi otak berjalan, bangun still rasa penat. Tak tau lah kenapa. Semalam aku rasa lemah betul. Tak berganjak aku dari katil.

Macam malaikat, berdesup tiba-tiba petang tu juga Mak dah sampai JB dah tapi malang la pulak, dia sesat sampai ke Kempas. Aku dapat warisan Mak la ni, suka sesat-sesat jalan. Patut pukul 5 petang dah sampai. 6.30 baru nampak muka sengih-sengih dalam kereta, cerita pot-pet-poet-pet sesat kena tahan polis bla bla pot-pet-pot-pet. Nasib baik datang dengan Mak Lang dengan Zety. Ada jugak la orang teman.

Aku tengok Mak macam dah happy sikit. Macam ceria. Mungkin dia nak ceriakan aku agaknya. Memang semalam aku betul-betul lemah, muram je. Bila Mak datang, alih-alih je aku berselera makan ayam penyet malam tu. Seronok betul Mak Lang dengan Zety pekena ayam penyet. Mak tak berapa seronok sebab dia tak suka pedas. Mak tak geng. Huh.

Sepanjang malam Mak temankan aku, berbual walaupun aku tak bercakap sangat, layankan aku, urut-urutkan badan aku dengan apa jampi serapah dia entah. Menjelang pagi, aku ceria sikit. Mak urut aku lagi. Sampai kentut-kentut tapi senyap-senyap la. Hape punya badan la aku ni. Redha. Pastu dia ajak aku gi makan la, gi Jusco la, aku beli satu, Mak kata "Ambiklah dua," aku rasa kalau aku beli satu Jusco tu pun Mak kata "Ambik la..".

Lama-lama aku pun rasa macam okay. Sanggup Mak datang jauh-jauh, bawak laju lak tu sampai hampir nak kena saman tapi sebab Mak pandai kelentong abang polis, maka jimat RM300, sesat-sesat lak. Bilik aku ni habis dikemas. Cawan semua Mak basuhkan. Tinggalkan kedai kejap kat adik aku demi aku.

Apa punya anak la aku ni dowh.. Patut aku yang buat macam tu kat dia. Tapi, terbalik. Aku rasa berdosa sangat buat Mak risau kat aku. Bila tengok muka Mak tu, rasa tenang sangat tak boleh nak ceritakan.. Lari semua masalah. Waktu nak balik tu, dia peluk aku, usap aku, cium aku, lambaian dia dari dalam kereta tu aku rasa Ya Allah.. Syahdunya... Rasa macam nak ikut je balik KL waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Rasa macam, tak nak bagi Mak balik, suruh dia teman aku je kat sini.

Tu lah.. Tinggi mana pun kita, hebat mana pun kita, bila kita sakit dan susah, memang tak ada siapa yang akan confirm stay dan faham kecuali keluarga kan? Lebih-lebih lagi Mak. Dia baru hilang suami. Dia macam ada satu rasa paranoid. Dia jadi over protective. Dia takut anak-anak dia pergi jauh dari dia. Tu yang dia risau sangat kat aku yang jauh ni. Mak kata lepas ni, jangan mintak keje jauh-jauh dah. Susah Mak nanti. Dia macam sedih je bila bincang-bincang pasal aku nak kahwin ni walaupun lambatnye lah lagi Mak oii. Ape la Mak..

Mak ni saje la buat aku nangis. Walaupun nangis tu nampak macam kita lemah, tapi sebenarnya itu persepsi manusia egoistik. Menangislah kalau rasa nak menangis, nak buat apa tahan. Tak ada siapa rugi. Tak ada siapa untung. Tak ada hasil. Tak ada najis. Bukan satu kejayaan pun kalau tahan. Dan bukan satu kekalahan pun kalau nangis. So, menangis if rasa itu yang mampu lepaskan apa yang tersimpan buat sementara waktu. Bukan orang nampak pun kan. Nangis la dalam bilik air ke kan? Sorang-sorang kan? Waktu Ayah meninggal hari tu pun aku tak menangis depan orang sangat. Tapi, waktu sorang, aku nangis lepas segala. Redha tetap redha. Tapi, tak payah la meratap-ratap itu dah berdosa. 2-3 minit, jadilah. Lepas tu, if rasa better, that's good. Boleh senyum macam biasa. Kan?


Mak pun cakap camtu. Dia kata jangan simpan-simpan sangat dalam hati tu. Bagitau Mak ni. Hmm... Terima kasih Mak.. Datang sini. Bagi semangat. Akak ada Mak je sekarang.. Sayang Mak.. Akak janji jaga Mak nanti... Ok Mak?

2.11.09

Demam rindu.

Semalam demam yang agak dasyat juga. Tiba-tiba muntah-muntah dan badan panas secara mengejut. Disebabkan sekarang ini sudah menjadi Anak Manja Kepada Emak pula, maka aku pun text Mak.

"Mak, akak demam,"

Pendek sahaja. Tetapi, risaunya macam aku ni dah nak terberanak songsang. Habis semua orang tau. Ejah tau. Uncle Razman tau. Mak Lang tau. Semua dok tepon-tepon. Padahal, demam je. Lepas tu, Mak cakap nak datang JB. Yey!

Pastu, termenung, selalu Mak datang dengan Ayah. Kali ni, Mak sorang. Benci. Sedih. Sambung tidur. Mungkin terlampau ingatkan Ayah, dan mimpikan Ayah yang sedang senyum.

Eh, Ayah datang visit aku.. Rindunya kat Ayah... Rindu kat semua orang... Rindu Mak, rindu adik-adik, rindu rumah, rindu katil kat rumah, rindu rumah riuh ada sedara mara, rindu Azemi. Ni demam rindu lah ni kot..





ps : Gambar kemeriahan saudara-mara di rumah sendiri, tapi aku kat JB. Pathetic.

31.10.09

5 tahun yang lalu.



Baby kalah judi. Dah bagi can nak menang pun sombong.